Utuh

Tuhan bantu aku.

Kurniakan cinta yang baru.

Lenyapkan seluruh perasaan rindu

Kerana aku sudah lelah menghitung detik waktu

dan tidak terdaya mengingat memori lalu

walau satu.

JALAN KEHIDUPAN

Jadi sekarang

bermula detik ini

kita harus bergerak kemana?

Belok kiri atau kanan?

Atau kita terus sahaja ke hadapan?

Mungkin disana kita akan temukan erti kebahagiaan. 

Cepat.

Kau yang putuskan.

Beberapa detik lagi kita akan meninggalkan 

simpang ini,

Apabila bertukar isyarat hijau

terus sahaja kita jalan

dan jangan toleh ke belakang.

19 May 2013 - 10.28 a.m @ Jalan Kehidupan